Thursday, November 22, 2007
PELAN INTEGRITI NASIONAL (PIN)
1. PELAN INTEGRITI NASIONAL (PIN)
1.1 Konsep utama PIN adalah sebagai merealisasikan cabaran keempat, hasrat Wawasan 2020 iaitu “membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan para warganya yang mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur”.
1.2 Terdapat lima sasaran yang diletakkan dalam perlaksanaan PIN iaitu :
i. mengurangkan gejala rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan secara berkesan;
ii. meningkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian khidmat awam, mengatasi karenah birokrasi dan penyelewengan;
iii. meningkatkan tadbir urus korporat dan etika perniagaan;
iv. memantapkan institusi keluarga; dan
v. meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat.
2. GERAK KERJA PELAKSANAAN
2.1 Tindakan Susulan Kepada Pelaksanaan Pelan Tindakan.
i. Mewujudkan manual prosedur integriti;
ii. Mewujudkan Pasukan Petugas Khas bagi melaksanakan program-program yang telah dipersetujui; dan
iii. Membuat laporan dan menilai semula keberkesanan dan kemajuan pelaksanaan program.
2
2.2 Pembentukan Pasukan Petugas Khas (PPK):
i. Pasukan Petugas Khas (PPK) yang dibentuk bagi tujuan pelaksanaan dibahagikan kepada beberapa kumpulan berdasarkan kumpulan program mengikut ‘core business’ jabatan. Setiap kumpulan diketuai oleh ‘lead agency’ sebagai Ketua Pasuka Petugas Khas (PPK) dan anggotanya dilantik oleh Ketua PPK yang terdiri dari mana-mana Jabatan/Agensi di bawah JPM. Senarai kumpulan program, Ketua Pasukan Petugas Khas (PPK) dan anggotanya yang dipersetujui mesyuarat adalah seperti di Lampiran A. Walau bagaimanapun, Ketua PPK boleh menambah keanggotaan kumpulan masing-masing mengikut keperluan dan kesesuaian.
ii. Ketua Pasukan Petugas Khas yang dilantik bertanggungjawab mengenalpasti, merangka, membuat penilaian dan melaporkan kemajuan pelaksanaan program/aktiviti kepada urus setia sebelum dibentangkan secara berkala di dalam mesyuarat JKP JPM.
iii. Manual Prosedur Integriti dirangka oleh BPR dengan dibantu oleh Urus Setia.
2.3 Pelantikan Ketua Pasukan Petugas Khas
i. Surat pelantikan akan diedarkan oleh Urus Setia JKP JPM kepada semua Ketua Pasukan Petugas Khas dan Ketua Jabatan masing-masing sebagai makluman. Di dalam surat tersebuat akan dinyatakan tindakan-tindakan yang perlu dibuat oleh Ketua PPK dan anggota masing-masing serta garis panduan dalam melaksanakan program-program yang telah dipersetujui.
3
ii. Tarikh akhir (deadline) untuk Ketua PPK mengemukakan laporan kemajuan pelaksanaan program masing-masing adalah tidak lewat dari akhir minggu kedua Julai 2004 (17 Julai 2004) bagi membolehkan urus setia meneliti dan memantau kemajuan pelaksanaan program tersebut.
2.4 Memanfaatkan Rakan Pembimbing JPM Dalam Program Pengukuhan Integriti
i. Makluman akan diedarkan kepada semua jabatan di JPM bahawa Kumpulan Rakan Pembimbing di JPM. Makluman yang diedarkan itu hendaklah menjelaskan fungsi Rakan Pembimbing, kes-kes yang boleh dirujuk kepada Bahagian Kaunseling JPA.
2.5 Laman Web Integriti
i. Laman web integriti khas tidak perlu diwujudkan dan memadai hanya dengan mengadakan satu ruangan di laman web setiap Jabatan/Agensi bawah JPM mengenai maklumat dan program-program integriti.
2.6 Pengurusan Aduan Pelanggan
i. Biro Pengaduan Awam (BPA) akan mengedarkan arahan kepada semua Jabatan/Agensi di JPM supaya mengemukakan terus laporan aduan mengenai Jabatan masing-masing kepada BPA.
4
2.7 Laporan Suku Tahun JPM
i. Laporan suku tahun JKP JPM bagi terma sistem dan prosedur kerja menggunakan format borang laporan mengurangkan karenah birokrasi yang dikeluarkan oleh Y. Bhg. Tan Sri Ketua Setiausaha Negara. Manakala tujuh terma lain akan tetap menggunakan format seperti Arahan No. 1, YAB Perdana Menteri tahun 1998.
C:Integriti(Pasukan Petugas Khas)

Subscribe to:
Posts (Atom)